Tuesday, August 18, 2020

5 Cara Yang Betul Untuk Mencuci Karpet Rumah & Masjid Sehingga Hilang Semua Virus & Bakteria

Semua rumah ada karpet. Tujuannya adalah untuk menjadikan suasana rumah lebih cantik dengan karpet yang mempunyai design menarik. Ianya juga untuk membuatkan tapak kaki lebih selesa ketika berjalan di dalam rumah.


Begitu juga di surau & masjid, karpet dipasang untuk memberikan keselesaan ketika ahli jemaah dapat menunaikan ibadat. Namun ada perkara yang sering dilupakan oleh kita selepas memasang karpet iaitu karpet memerlukan cucian yang kerap untuk elak bakteria.


Jika karpet di rumah, ianya juga selalu digunakan ketika menerima tetamu. Tetamu akan duduk di atas karpet yang dibentangkan di ruang tamu. Karpet di masjid pula digunakan oleh jutaan orang yang hadir ketika waktu sembahyang.


Masalah utama karpet ialah ianya bertindak sebagai perangkap habuk, kotoran & bakteria. Habuk & kotoran akan jatuh atas karpet, terus meresap ke dalam dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.


Jika karpet tidak dibersihkan dengan kerap, bakteria akan mula hidup & menjangkiti jemaah dan tetamu yang hadir ke rumah. Jangkitan tersebut akan menyebabkan penyakit kepada orang yang memiliki sistem imunisasi rendah.


Jadi anda perlu tahu bahawa karpet perlu dicuci dengan kerap. Tidak perlu tunggu nampak kotor baru nak dicuci, kerana bakteria dan virus tidak kelihatan dengan pandangan mata kasar.


Berikut ialah 5 Cara Yang Betul Untuk Mencuci Karpet Rumah & Masjid Sehingga Hilang Semua Virus & Bakteria


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #1 : VAKUM 


Langkah pertama untuk mencuci karpet ialah anda perlu vakum karpet tersebut terlebih dahulu. Disarankan guna vakum yang mempunyai daya sedutan kuat supaya dapat menyedut kotoran yang terlekat di bahagian dalam karpet.


Langkah ini dibuat bertujuan untuk menghilangkan kotoran dan habuk yang boleh dilihat oleh mata kasar.

Vacum Karpet


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #2 : SEMBUR BAHAN CUCIAN


Langkah kedua ialah anda perlu sembur bahan cucian yang anti bakteria. Semburan perlu dibuat secara sekata ke seluruh karpet supaya tiada bahagian yang akan terlepas dari cucian.


Bahan cucian ini bertujuan untuk melembutkan kotoran yang melekat di cerucuk karpet. Selepas kotoran degil dah mula tanggal, anda perlu buat langkah ke3


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #3 : MEMBERUS 


Langka ketiga ialah anda perlu memberus seluruh bahagian karpet supaya bahan cucian yang disembur tadi akan sekata dan mula menanggalkan kotoran degil. Langkah ini memerlukan ketelitian supaya setiap sudut karpet berjaya diberus.


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #4 : PEMBERSIHAN DALAMAN


Bagi langkah ini, anda perlu gunakan mesin khas untuk membuat cucian menggunakan wap haba air panas. Bahan-bahan cucian anti bakteria akan dimasukkan bersama ke dalam mesin ini untuk menghilangkan bakteria.


Cucian menggunakan wap haba ini akan mencuci sehingga ke serat karpet dan menjamin kebersihan karpet selepas dicuci.


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #5 : PENGERINGAN


Selepas menggunakan wap haba, karpet akan sedikit basah dan perlu dikeringkan. Anda boleh gunakan mesin pengering untuk mempercepatkan proses pengeringan atau biarkan sahaja kena pada cahaya matahari.


Jika anda mencuci karpet rumah ibadat, pengeringan perlu dilakukan dengan segera supaya tidak mengganggu waktu solat ahli jemaah. Proses pengeringan juga perlu dibuat dengan betul supaya karpet kering dan tidak meninggalkan bau busuk.


Kesimpulan


Proses cucian karpet tidak boleh dipandang remeh. Kebanyakan orang mencuci dengan ala kadar dan tidak menggunakan proses yang betul. Cucian dengan air sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan bakteria, ianya perlukan bahan-bahan cucian & teknik cucian yang dinyatakan di atas.


Jika anda tidak memiliki kemahiran dan mesin untuk buat cucian karpet dalam skala besar, jangan risau. Kami menyediakan perkhidmatan cucian karpet rumah & rumah ibadat dengan harga yang berbaloi.


Hubungi kami sekarang di 014 8166 777 atau click link Wasap https://bit.ly/33oV8ZS



1 comment:

  1. 1xbet korean sports betting explained | KKRG
    1xbet worrione korean sports betting explained. With many sports, soccer หาเงินออนไลน์ betting is 1xbet korean a popular form of betting. This is important because it offers multiple opportunities to

    ReplyDelete