Wednesday, August 19, 2020

Cuci Sofa Kuala Lumpur / Selangor | Murah Dan Berkualiti

 Ramai yang mengalami masalah sofa kotor seperti terkena makanan dan minuman, sisa-sisa yang terjatuh dan juga habuk-habuk yang terlekat pada sofa. Tahukah anda, semua kotoran ini akan menyebabkan bakteria dan kuman membiak pada sofa sekaligus mempengaruhi masalah kesihatan anda.


Sekiranya ada anak kecil di rumah, hama-hama atau habuk sofa akan mudah masuk ke dalam mulut dan hidung mereka tanpa kita sedari. Itulah yang menyebabkan mereka kerap demam, selsema dan sebagainya.


Penting untuk anda pastikan sofa dicuci sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 7 hingga 8 bulan. Namun, antara masalah yang berlaku jika anda perlu cuci sofa pula adalah anda bimbang sofa akan rosak, pudar, tidak memuaskan hati anda dan banyak lagi bukan?


Sebab itulah ramai yang suka cuci sofa sendiri di rumah. Masalah yang berlaku apabila cuci sofa sendiri pula adalah anda tidak mampu membersihkan sofa dengan baik dan tidak menggunakan cara yang betul. Akhirnya, anda juga gagal memastikan keadaan sofa baik dan berkualiti.


EmpireCuci | Cuci Sofa Kuala Lumpur Dan Selangor


Kini, anda tak perlu risau akan masalah sofa kotor ataupun tiada servis cuci sofa yang pakar lagi. EmpireCuci merupakan sebuah perkhidmatan cuci sofa terbaik yang berkualiti dan mampu milik serta berpengalaman dalam bidang cuci. Kami merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. 


Proses Dan Teknologi Terbaik Menghasilkan Kualiti Terbaik


EmpireCuci menggunakan proses dan teknologi terbaik dalam meningkatkan kualiti pembersihan sofa anda.  EmpireCuci memastikan sofa anda dibersihkan dengan cara yang betul mengikut turutan. Antara proses yang terlibat adalah seperti pembersihan, vacuum, semburan bahan cucian, pembersihan atau pemberusan dan juga pengeringan. Bahan cucian yang digunakan juga adalah selamat dan sangat berkualiti.


Kami sangat profesional dalam menguruskan khidmat cuci sofa anda mengikut citarasa dan kehendak anda.  Pastinya sofa anda dijamin bersih, cantik dan wangi seperti baru dibeli. 


Kesan Berlaku Pada Sofa Anda Setelah Dicuci Oleh EmpireCuci


  • Kualiti sofa berada dalam keadaan yang baik setelah proses cuci sofa dijalankan

  • Kualiti udara dalam rumah bertambah baik kerana sofa bersih dan wangi

  • Keluarga dan anak-anak dapat menikmati udara nyaman dan persekitaran yang sihat

  • Sekecil-kecil kotoran sofa dapat ditanggalkan setelah proses cuci sofa dilakukan

  • Tiada kotoran yang boleh dilihat pada mata kasar

  • Tiada habuk atau hama pada sofa, sofa kelihatan bersih seperti baru dibeli

  • Tiada kotoran yang tersumbat di celah-celah sofa lagi

  • Sofa tidak bewarna pudar dan tidak kelihatan lama

  • Sofa tidak berbau hapak tetapi wangi dan bersih


Selain cuci sofa di rumah, EmpireCuci juga menawarkan servis cuci sofa dimana-mana sahaja yang anda perlukan seperti di pejabat, klinik, kedai dan lain-lain lagi.  Anda tidak perlu mengangkat sofa bawa ke mana-mana untuk dicuci, sebaliknya EmpireCuci akan melakukan proses cuci sofa di tempat anda. Mudah sangat!


Bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, beritahu sahaja lokasi anda, pihak kami akan terus ke sana untuk membantu membersihkan sofa kesayangan anda. 



Jom Klik Whatsapp di bawah untuk kami bantu: 


Wasap.my/60148166777/CuciSofa


Tuesday, August 18, 2020

5 Cara Yang Betul Untuk Mencuci Karpet Rumah & Masjid Sehingga Hilang Semua Virus & Bakteria

Semua rumah ada karpet. Tujuannya adalah untuk menjadikan suasana rumah lebih cantik dengan karpet yang mempunyai design menarik. Ianya juga untuk membuatkan tapak kaki lebih selesa ketika berjalan di dalam rumah.


Begitu juga di surau & masjid, karpet dipasang untuk memberikan keselesaan ketika ahli jemaah dapat menunaikan ibadat. Namun ada perkara yang sering dilupakan oleh kita selepas memasang karpet iaitu karpet memerlukan cucian yang kerap untuk elak bakteria.


Jika karpet di rumah, ianya juga selalu digunakan ketika menerima tetamu. Tetamu akan duduk di atas karpet yang dibentangkan di ruang tamu. Karpet di masjid pula digunakan oleh jutaan orang yang hadir ketika waktu sembahyang.


Masalah utama karpet ialah ianya bertindak sebagai perangkap habuk, kotoran & bakteria. Habuk & kotoran akan jatuh atas karpet, terus meresap ke dalam dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.


Jika karpet tidak dibersihkan dengan kerap, bakteria akan mula hidup & menjangkiti jemaah dan tetamu yang hadir ke rumah. Jangkitan tersebut akan menyebabkan penyakit kepada orang yang memiliki sistem imunisasi rendah.


Jadi anda perlu tahu bahawa karpet perlu dicuci dengan kerap. Tidak perlu tunggu nampak kotor baru nak dicuci, kerana bakteria dan virus tidak kelihatan dengan pandangan mata kasar.


Berikut ialah 5 Cara Yang Betul Untuk Mencuci Karpet Rumah & Masjid Sehingga Hilang Semua Virus & Bakteria


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #1 : VAKUM 


Langkah pertama untuk mencuci karpet ialah anda perlu vakum karpet tersebut terlebih dahulu. Disarankan guna vakum yang mempunyai daya sedutan kuat supaya dapat menyedut kotoran yang terlekat di bahagian dalam karpet.


Langkah ini dibuat bertujuan untuk menghilangkan kotoran dan habuk yang boleh dilihat oleh mata kasar.

Vacum Karpet


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #2 : SEMBUR BAHAN CUCIAN


Langkah kedua ialah anda perlu sembur bahan cucian yang anti bakteria. Semburan perlu dibuat secara sekata ke seluruh karpet supaya tiada bahagian yang akan terlepas dari cucian.


Bahan cucian ini bertujuan untuk melembutkan kotoran yang melekat di cerucuk karpet. Selepas kotoran degil dah mula tanggal, anda perlu buat langkah ke3


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #3 : MEMBERUS 


Langka ketiga ialah anda perlu memberus seluruh bahagian karpet supaya bahan cucian yang disembur tadi akan sekata dan mula menanggalkan kotoran degil. Langkah ini memerlukan ketelitian supaya setiap sudut karpet berjaya diberus.


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #4 : PEMBERSIHAN DALAMAN


Bagi langkah ini, anda perlu gunakan mesin khas untuk membuat cucian menggunakan wap haba air panas. Bahan-bahan cucian anti bakteria akan dimasukkan bersama ke dalam mesin ini untuk menghilangkan bakteria.


Cucian menggunakan wap haba ini akan mencuci sehingga ke serat karpet dan menjamin kebersihan karpet selepas dicuci.


Cara Cuci Karpet Masjid & Rumah #5 : PENGERINGAN


Selepas menggunakan wap haba, karpet akan sedikit basah dan perlu dikeringkan. Anda boleh gunakan mesin pengering untuk mempercepatkan proses pengeringan atau biarkan sahaja kena pada cahaya matahari.


Jika anda mencuci karpet rumah ibadat, pengeringan perlu dilakukan dengan segera supaya tidak mengganggu waktu solat ahli jemaah. Proses pengeringan juga perlu dibuat dengan betul supaya karpet kering dan tidak meninggalkan bau busuk.


Kesimpulan


Proses cucian karpet tidak boleh dipandang remeh. Kebanyakan orang mencuci dengan ala kadar dan tidak menggunakan proses yang betul. Cucian dengan air sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan bakteria, ianya perlukan bahan-bahan cucian & teknik cucian yang dinyatakan di atas.


Jika anda tidak memiliki kemahiran dan mesin untuk buat cucian karpet dalam skala besar, jangan risau. Kami menyediakan perkhidmatan cucian karpet rumah & rumah ibadat dengan harga yang berbaloi.


Hubungi kami sekarang di 014 8166 777 atau click link Wasap https://bit.ly/33oV8ZS